PROJEK GERAK TERKINI


Selasa, Mac 08, 2011

PEMENTASAN TEATER SHORT EYES





Rumah Anak Teater & The Actors' Studio mempertunjukkan

SHORT EYES (dalam Bahasa Malaysia)

Olahan / Arahan: Fared Ayam
......
Pengarah Artistik: Nam Ron
Pengarah Artistik untuk The Actors' Studio: Joe Hasham [OAM]

Penerbit: Faisal Mustaffa
Penerbit Eksekutif untuk The Actors' Studio: Dato Faridah Merican

Pelakon:

Zahiril Adzim
Taiyuddin Bakar
Nam Ron
Along Eyzandy
Tayanithi
KhairunazWan Rodzy
Khairil Ridzuan K'N

Xavier Fong
Naque Ariffin
 



Penampilan Khas: Faisal Mustaffa

Sinopsis:

Short Eyes merupakan satu drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang minoriti. Segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat. Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.

Apabila Clark Davis ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak/pedofil (dan dia juga merupakan seorang lelaki kulit putih kelas menengah), tahanan-tahanan lain telah menganggap dan memandang itu sebagai kejam. Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri yang menjalani hukuman mereka, yang berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.

Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam masyarakat mereka sendiri dan juga untuk mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya. Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar.


Tarikh pementasan:
Full Dress Rehearsal: Rabu, 16 Mac 2011, 8.30pm
Show Time: Khamis, 17 Mac 2011 - Sabtu 19 Mac 2011, 8.30pm dan Ahad, 20 Mac 2010, 3pm

Tiket:
Malam pratonton: RM15 untuk semua tempat duduk
Waktu Pementasan: RM35 (dewasa), RM25* (pelajar dengan kad pelajar yang sah dan OKU)


Sebarang pertanyaan, urusan promosi: 017-2002944 (Faisal)

Sebarang tempahan tiket sila hubungi 03-21422009 / 0321432009

PERHATIAN: PEMENTASAN INI TIDAK SESUAI UNTUK MEREKA BAWAH 18 TAHUN.

PERHATIAN: MEMPUNYAI KESAN ASAP ROKOK.

Untuk keterangan lanjut:
http://www.theactorsstudio.com.my/
http://rumahanakteater.blogspot.com/

Rabu, Februari 02, 2011

poster R.E.T.A.K

beratur org beli tiket JUSTIN BIBER sebab nak tengok show dia berharga rm98 ringgit..apa kata tengok show PEMENTASAN TEATER R.E.T.A.K yg tidak semahal itu dan yang penting menggunakan produk tempatan.

Selasa, Februari 01, 2011

PROJEK TERBARU PeTer! Jom datang ramai-ramai kasi PECAH PANGGUNG.haha


 Maklumat persembahan :

11 FEB 2011 (JUMAAT, 8.30 malam)
12 FEB 2011 (SABTU , 8.30 malam)
13 FEB 2011 (AHAD , 8.30 malam)

Tiket berbentuk sumbangan : Rm 5 (pelajar,warga emas dan o.k.u)
Rm 10 (orang awam)



1. SuperHero Arjuna
Pengorbanan tanpa balasan.manusia menindas manusia,tulang rusuk adam kepada hawa.Lahir superhero yang ingin menyelamatkan hati kaum hawa yang telah kecundang dalam menempuh pentas dunia.Haris,lelaki yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan wanita dalam apa kjua musibah.”aku bukanlah superhero penyelamat Negara,tapi aku penyelamat hati wanita sengsara”



2.Sangkar Madu




3. Oblivian

Rabu, Januari 26, 2011

PROMO 1 : MASKARA

*sila datang ramai-ramai pada waktu dan masa yang tertera! kasi meriah la untuk kawan-kawan yang kita suka! untuk info, klik sindiket soljah!

PROJEK 1 : R.E.T.A.K


“RETAK'' merupakan projek pertama (kumpulan PeTer!). “RETAK” menggabungkan 3 orang pengarah muda dan juga penulis  iaitu : NAQUE ARIFFIN, YUSMAR YUSUF dan RAYZA MUKMIN.

Dengan tag line “belum tentu ianya...sempurna” persembahan ini nanti akan membawa isu penantian, pengorbanan dan cinta. “RETAK” bakal membawa penonton menyelami, merasai dan menyedari kepentingan dan keburukan isu yang di ketengahkan ini di dalam jiwa manusia.


Berikut adalah butiran persembahan : -

1. Tajuk : Superhero Arjuna
Arahan : NAQUE ARIFFIN

2. Tajuk : Sangkar Madu
Arahan : YUSMAR YUSOF

3. Tajuk : Oblivian
Arahan : RAYZA MUKMIN

Maklumat persembahan :

11 FEB 2011 (JUMAAT, 8.30 malam)
12 FEB 2011 (SABTU , 8.30 malam)
13 FEB 2011 (AHAD , 8.30 malam)

Tiket berbentuk sumbangan : Rm 5 (pelajar,warga emas dan o.k.u)
Rm 10 (orang awam)

*Terhad kepada 80 tempat bagi setiap pementasan

untuk tempahan tiket bolehlah menghubungi nombor di bawah:

SITI NADZIRAH : O17-8640427 / O13-8877958

p.s : datang ramai-ramai ya!

MULA

PeTer (penggerak teater)  adalah sebuah kumpulan yang bergerak atas satu rasa cinta terhadap seni persembahan kususnya seni teater.Diasas kan oleh sekumpulan anak muda yang baru bertatih naik.